Monday, October 7, 2013

Review : Lipo 6 black ultra concentrate

Assalamualaikum..Hai

         

           Ok kali ni aku nak buat review sikit tentang satu produk yang agak terkenal di kalangan ahli bina badan (suplemen) malahan mereka yang takde kaitan dengan bina badan pun tahu apa benda ni sebenarnya..(semua tau ke?) baiklah, bagi mereka yang taktau apa sebenarnya Lipo 6 ni..benda ni merupakan suplemen untk membakar lemak dalam badan kita (fat burner) memang produk ni sangat laris jualannya,
tapi yang menjadi persoalannya ialah.. Berbaloi ke?Berkesan?Ada kesan Sampingan Tak?
           Lipo 6 black ultra concentrate ni dibuat daripada herba-herba semulajadi dan ditambah dengan ramuan yang dipanggil "kafein" sebenarnya. Jadi kalau anda tanya tentang keberkesanannya..ya agak berkesan..kenapa masih teragak-agak? Oklah benda ni memang berkesan dan membantu penggunanya menurunkan berat badan dalam masa singkat (yeke?)
           Aku tak sarankan bagi mereka mempunyai alahan terhadap kafein ataupun mereka yang memang tak biasa dengan pengambilan kafein yang banyak dalam badan, terus terang..memang tak berbaloi sebenarnya nak beli benda ni.
           Ada kesan sampingan ke? semua jenis suplemen memang ada kesan sampingan sebenarnya samada jangka panjang atau pendek..tipulah kalau takde kesan sampingan..bagi yang tak "ngam"(tak serasi) dengan produk ni silalah berhenti mengambil dos(kalau jadi apa-apa orang tak tau), aku pun tak serasi dengan produk ni sebenarnya..dah dekat sebulan guna baru berani bagi review..bagi mereka yang serasi dengan produk ni silalah teruskan..ok.. antara kesan-kesan yang aku alami waktu pakai produk ni ialah rasa mual dan muntah-muntah, bagi yang ada "dugal"(gastrik) akan menambahkan lagi penyakit gastrik tu..susah nak kencing,rasa bengkak kat perut bawah dan celah kangkang (bukan kurap ok) Insomnia(tak dapat tidur), dengan tiba-tiba rasa gelisah,gementar (nerveous) padahal takde apa pun yang tak kena dalam sehari tu. Itu merupakan kesan-kesan yang berlaku terhadap aku sepanjang menggunakan produk Lipo 6 ni.
           Disini aku tak memburukkan mana-mana pihak ataupun produk, dan aku dah hampir sebulan guna produk ni dan sebab tulah aku berani tampil bagi review bagi mereka yang menggunakan produk ni dan mengalami kesan yang sama aku alami..disarankan agar berhenti mengambil pil ni sebagai jalan singkat untuk menguruskan badan kecuali korang sanggup menerima akibatnya nanti (senaman fizikal lagi baik bro)
           Sampai sini saja review aku tentang produk ni..kalau korang ada apa-apa nak tambah komen jer kat bawah..pilihan di tangan anda :3
Wassalam...

2 comments:

  1. sekarang i tgh consume lipo 6 ni. i ambil pagi 1 biji sahaja.. setakat ni mmg ada rasa nervous plus tu tp mmg kena minum air banyak..dahaga truk la org kata..so ptg ni ada zumba..kita tgok drench truk x peluh. hehe :D

    ReplyDelete
  2. Makan ni kena bersenam dan bila senam tu baru rasa effect dia.. bayangkan kita sebelum ni aerobik 15 minit dah mengah teruk, lepas makan sebiji pil ni kita boleh pegi full throttle sampai vo2 max sampai habis aerobik. klo makan setakat duduk diam2 tengok tv memang tak turun berat pun

    ReplyDelete