Termenungku sendiri..ntah mengapa hatiku dilanda pelbagai gelora seperti badai sedang cuba menghanyut sampan si nelayan di lautan luas, jiwa ku rasa tidak tenang bila memikirkan tentang kemungkinan yang akan terjadi di masa hadapan, ya..aku hanyalah seorang insan yang lemah.andai ku mampu meramalkan masa depan ku sekalipun, tak mungkin mampu ku menandingi yang Maha Kuasa..
Ku cuba cerakinkan setiap masalah yang melanda fikiranku ini..semakin ku cuba tuk fahami semakin rumit untuk ku gambarkan, terasa gelap menyelubungku..tergapai aku mencari, dimanakah aku? tiba-tiba ku rasakan bagai tenggelam ke dasar..tapi dasar apa? dasar laut? aku tak mau lemas..lemas dengan tanggapan insan lain..ketidakpastian terhadap diri sendiri..aku bingung dengan diri ini..
Tidak semena-mena fikiran ku melayang menuju perihal cinta.. tiba-tiba saja hati ini bertanya, pernahkah kau bercinta wahai insan? ya, aku pernah..tapi semua itu hanya tinggal kenangan buat diri ini..mengapa kau berkata begitu wahai insan? tak usah lah di ungkit lagi..aku tau bahwa sekalipun susuk bayangku sudah tak bermakna lagi di matanya..jika benar demikian, mengapa tidak kau cari saja penggantinya? boleh saja dengan berkata namun hati ini tidak mahu berganjak lagi, sekali lagi kaki ku terasa kebas seperti digigit kerengga. aku tak mampu bergerak lagi..apa yang terjadi? ku lihat dengan perlahan tubuhku berubah menjadi batu..apa gerangan terjadi? tidak ku mahu berganjak lagi jika ini adalah takdirnya..
Ku berkata lagi pada hati..Cinta itu terlalu luas pengertiannya..cinta pada pencipta, mahupun pada makhluk ciptaannya..cinta juga membawa padah bila tersalah langkah, cinta kuasa, cinta dunia, dan cinta kezaliman..apakah aku ini zalim? mencintai insan yang tidak mahu pedulikan aku..ya, layak saja aku ini insan yang zalim..zalim pada diri sendiri..acapkali sudah ku dengari..cinta itu tak boleh dipaksa..malah datangnya juga tak pernah diundang..namun, hati ini suda lelah..dengan penyakit yang kini ku hidapi..tak mungkin ada insan yang mahukan aku lagi..ya..benar..tak mungkin ada lagi..jadi biarlah ku kuburkan hati ini di bawah nisan kedukaan..
Lalu aku bertanya pada hati buat terakhir kalinya. Apa kah hajat kau yang terakhir wahai hati? wahai insan, ku mohon agar janganlah kau kuburkan diriku ini dibawah nisan kedukaan kerna aku tak mau reput dalam tangisan..aku sudah tak mampu lagi melihat kau derita si hati kecil..sudah cukup kau derita kerna aku..akulah yang telah mencederakan kau, menghiris kau dengan belati tak berbilah...aku lah insan yang hampir membunuh kau hati..apa kau tidak benci padaku? wahai insan..aku tak pernah membenci kau insan..jika ini keputusan kau..baiklah, kuburkanlah aku bersama perasaanmu..doakan aku saat kau lihat nisan kedukaan ini..dan aku berharap agar kau mampu hidup tanpa ku di sisi..
Berlinanganlah titis air mata membasahi bumi dengan harapan kau (hati) akan bahagia selamanya disana..doaku kita kan berjumpa lagi di masa hadapan, tempatnya berbeza tapi kau la yang setia menemaniku hingga hujung nyawa..akan ku sediakan tempat mu dekat dengan jantungku agar jika kau sakit biarlah kita tempuh bersama hingga saat terakhir..
No comments:
Post a Comment