Sunday, December 1, 2013

Short Stories By Me

Assalamualaikum.. rasanya sudah terlalu lama aku tak update entri kat sini..jadi kali ni aku nak buat satu entri yang aku karang sendiri, jadi apa pun silakan membacanya..terima kasih.. :) semoga terhibur membacanya..

-Under The Same Sky-
(Di bawah langit yang sama)

Oleh : Dzul.hazwan
kategori : Short Stories

Chapter 1 : Letter For The Star

Bintang-bintang bergemerlapan di angkasa raya diselubungi gelapnya malam yang hitam pekat, dingin embun menambahkan lagi sejuknya suasana malam dan sayu tika itu, dalam kesendirian itu aku termenung sambil mendongak ke langit hitam yang hanya diterangi cahaya bintang dan bulan yang kelihatan samar, gitar yang ku pegang ku sandarkan di sebelahku, fikiranku buntu buat seketika. Bunyi cengkerik mulai bersahut-sahutan, dengan tidak semena-mena hati ku mulai merasa sayu, fikiranku melayang entah kemana dihanyutkan oleh alunan melodi alam yang begitu indah sekali di halwa telingaku.

“hei..kamu.”
kedengaran satu suara menegurku, ku pandang sekelilingku, tiada siapa pun yang bersamaku dan saat itu baru ku sedar bahawa suara itu datangnya dari fikiranku sendiri.
===========================
“Kamu pelajar baru? Sila masukkan pakaian kamu sekarang.” tegas seorang pengawas perempuan yang parasnya molek dipandanganku.
“err..maaf tak perasan terkeluar tadi.”

Pertama kali ku pandang wajahnya, hati ini terasa berdebar tak menentu walaupun ketika itu umurku hanyalah setahun jagung,

“apakah ini cinta monyet yang mulai menjalar di hati ku?” lamun ku sendiri. Namun ku biarkan sahaja perasaan yang belum pasti kebenarannya. Sudah menjadi lumrah manusia bila melihat seseorang yang punyai paras yang baik pada seseorang kita akan menaruh hati padanya.
============================
Waktu ketika itu ku rasa terlalu pantas berlalu, tanpa berlengah lagi aku pun menuju ke kelas yang telah diberitahu oleh salah seorang tenaga pengajar ketika aku mendaftarkan diri di bilik guru bersama penjaga yang datang menemaniku. Hari ini, sudah masuk seminggu lebih aku terlewat mendaftarkan diri ke sekolah atas sebab-sebab tertentu dan sudah tentu banyak sekali perkara yang perlu ku kejar dalam tempoh yang sesingkat ini. Aku mengambil duduk di tempat yang telah disediakan dan memerhatikan keadaan sekelilingku, barulah ku sedar ada beberapa pasang mata yang sedang memandang ke arahku, ada yang sedang berbisik-bisik juga tak kurang mereka yang langsung tidak memperdulikan kehadiranku disini, janggal terasa bila ditempat baru. Setelah lama aku memerhati keadaan sekeliling, aku terlihat kelibat gadis molek yang menegurku di luar tadi, dan lebih tak disangka-sangka dia juga berada di kelas yang sama dengan ku, duduk di barisan hadapan. Aku hanya berdiamkan diri tanpa sepatah kata sebagai orang baru.
=============================
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula, aku lihat terlalu ramai pelajar termasuk para guru yang beratur membeli makanan di kantin sekolah hari itu, perutku pula masih lagi terasa kenyang mungkin kerana aku berada di tempat baru dan rasa lapar tidak terasa. Waktu rehat masih panjang, aku mengambil keputusan untuk meronda di sekitar tempat baru bagi memerhati keadaan sekolah. Penat berjalan mengelilingi sekolah aku singgah di perpustakaan yang ku lewati sebentar tadi, tujuanku ingin mencari beberapa buah buku untuk dibaca bila saampai di rumah nanti.

“ ehh..maaf ” aku ucapkan bila buku yang ku ambil saat itu kebetulan diambil serentak oleh seseorang. Rupanya gadis yang menegurku tadi juga mengambil buku yang sama.
“ Apakah ini hanya kebetulan saja? ” getus hatiku.
“ tak mengapa..maaf juga, tapi kalau awak nak baca buku tu awak baca la dulu.” balasnya.

Aku merasa hairan dengan sifatnya yang begitu ramah kali ini dan berbeza saat pertama kali aku bertemu dengannya.

“betul ke tak mengapa?” tanyaku kembali.
“ ye..sebenarnya saya dah banyak kali baca buku tu..cuma tak puas baca lagi..awak bacalah buku tu best tau” sambungnya sambil melemparkan senyuman yang manis.

Sejak pertemuaan kami hari itu, hubungan persahabatan kami semakin hari semakin akrab, saling bantu membantu dan memberi tunjuk ajar antara satu sama lain.
Walaupun sering kali keakraban kami menjadi bahan ejekan rakan sekelas, bagiku itu semua tak penting lagi malahan aku gembira sekali jika ianya memang benar, tapi kau seringkali menyangkal hinggakan kau terkadangnya menangis angkara ejekan mereka.
Aku pula tak pedulikan itu semua kerana bila kita bersama apapun yang mereka katakan, ianya hanya akan menambah eratkan lagi hubungan persahabatan kita dan ini amat menyenangkan hatiku sebagai kawan dan sahabat yang baik.
Aku terpana sediri dengan kata-kata yang terlintas di fikirkanku tadi.

“sebagai kawan dan sahabat? ” hatiku tiba-tiba menjadi resah sendiri.
===========================
“Rina, awak suka tengok bintang tak?” tanyaku
“mestilah saya suka” balas Rina.
“baguslah kalau macam tu..kalau malam ni kita tengok bintang sama-sama nak?”
“boleh juga..tapi kat mana?”
“kat laman belakang rumah saya ada bukit dengan tanah lapang..best kalau tengok bintang kat sana” kataku.
“wah..kalau macam tu okey la.” Rina tersenyum.

Mulai hari itu bila kami ada masa lapang pasti akan pergi melihat kerlipan bintang bersama jika Mak dan Ayah ku pulang awal dari kerja..kami sekeluarga pasti akan pergi melihat bintang bersama-sama di tanah lapang tersebut sambil mengadakan barbeku dan sesi bercerita, itulah saat yang paling bahagia ku rasakan saat itu.
==============================
6 tahun telah berlalu, aku dan Rina kini telah selesai menghadapi peperiksaan akhir tahun yang seterusnya akan menentukan haluan masing-masing di masa hadapan.
Persahabatan kami selama ini umpama air yang dicencang takkan putus sekurang-kurangnya itulah apa yang aku fikirkan buat masa itu, terlalu daif.

“ Aizul, bila besar nanti awak nak jadi apa? ” tanya Rina.
“ ehh..saya tak tau lagilah..” balasku kembali.
“Rina pula nak jadi apa bila dah habis belajar?” tanyaku pula.
“saya nak jadi model..tak pun pramugari pun okey..” jawabnya
“Kalau begitu saya nak jadi pilot”
“kenapa pula tiba-tiba nak jadi pilot?” tanya Rina dengan rasa hairan.
“sebab Rina kan pramugarinya..jadi boleh la jumpa tiap hari” balasku.

Suasana menjadi hingar dengan gelak ketawa kami, kedengaran begitu kuat sekali. Namun perasaan gembira dan senang itu tidak bertahan lama bila aku teringat kata-kata yang diucapkan oleh Mak semalam, suasana kembali sepi dan masing-masing membisu tanpa kata.
Setelah lama berdiam diri, aku mula membuka mulut ingin memastikan aku tidak salah dengar dan sungguh ku harap itu hanya khabar angin.

“err..Rina, betul ke lepas habis peperiksaan ni kau nak berpindah ke tempat yang jauh?” tanyaku.

Dia hanya membisu seketika tanpa berkata sepatah apa pun, ketika itu aku benar-benar diburu rasa bersalah.

“apa aku sudah tersalah cakap?” getusku.
Namun belum sempat aku membuka mulut memohon maaf, dengan pantas Rina membalas dengan anggukan dan senyuman lalu memandang ke arahku, kelihatan matanya sedang berkaca-kaca menahan air mata. Jantungku berdegup laju darah ku hangat terasa di seluruh tubuh, senyuman yang manis dari gadis yang merebut hatiku begitu mempesona bagaikan merentap seluruh ragaku walaupun dia terpaksa tanpa kerelaan hati, itu adalah senyuman dan tangisan terakhir untuk ku tatapi. Aku tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan yang sudah sedia dirundung kesedihan.

“kalau begitu..berhati-hati bila di tempat orang, saya doakan awak semoga berjaya di perantauan” aku membalas dengan memberikan kata-kata semangat padanya.

Tidak aku sanggup lagi melihat Rina menitiskan air mata ketika itu walhal diri ini sudah cukup terhiris dengan kenyataan itu.

“ malam ni kita tengok bintang boleh tak buat kali terakhir?”
“boleh..saya pun banyak benda nak cerita kat awak” balas Rina.
“yeke..kalau macam tu saya pun sama” balasku.
“okey..sebelum saya terlupa, malam ni jangan lupa datang ke rumah ada kenduri doa selamat bawa makcik dan pakcik sekali ok, lepas tu baru kita tengok bintang..boleh kan?” Rina memberitahu ku.
“boleh..jumpa malam nanti.” balasku

Kami berpisah di simpang jalan, seperti berpisahnya kami di persimpangan hidup ini.
============================
“Mak, malam ni Rina sekeluarga nak jemput kita sekeluarga datang kerumahnya sebab ada kenduri doa selamat.” kataku pada Mak.
“yeke..sebenarnya Mak dah tahu dah..tadi Mak jumpa dengan Ibu si Rina kat pasar waktu beli sayur dan ikan.” balas Mak.
“Oh..kalau begitu Zul nak masuk bilik dulu..nak rehat kejap.”
Aku pun berjalan dengan malas menuju ke bilikku lalu ku rebahkan badan ke katil,
“Hari ni aku mesti bagi kat Rina.” gumamku dalam hati.

Ku buka sebuah kotak kecil dari dalam laci meja dan ku ambil sepucuk surat yang ku tulis setahun yang lalu, sepucuk surat yang mengandungi semua tentang isi hatiku pada Rina tertulis di dalamnya yang tersusun indah dan membentuk metafora kata-kata si penulis terhadap si puteri impiannya.
Detik demi detik masa berlalu, hari yang cerah dan panas mulai ditelan kegelapan digantikan suasana malam yang sejuk dan tenang.

“Aizul.. Mak dan Ayah pergi dulu ke rumah pakcik Saifful tu..kamu jangan lambat pula”
“Baik Mak..nanti Zul datang..nak mandi dulu” balasku.
===========================
“Assalamualaikum Aunty..Aizul mana?” tanya Rina.
“Waalaikumsalam..ehh..Rina rupanya..Aizul kata tadi dia nak mandi dulu baru datang katanya..tapi dah lambat sangat budak ni”
“kalau macam tu biar Rina jemput dia kat rumah Aunty la ye?”
“okey..bagus la kalau begitu..tapi hati-hati bila melintas di jalan tu..gelap,kereta pula laju-laju..”
“baik Aunty..Rina pergi dulu.” balasnya sambil memberi salam dan berlalu pergi

Selesai membersihkan diri dan berpakaian kemas, aku selitkan surat yang ingin ku berikan pada Rina malam itu di dalam saku baju melayu ku. Belum sempat ku melintas jalan aku terlihat kelibat Rina di bawah samar cahaya bulan sedang menyeberang jalan menuju ke arah ku.
Tiba-tiba satu cahaya yang sangat terang dari arah tepi meluru laju.

“Rina!!!!” teriakku.
“Skreeetcch..Bamm!! bunyi sesuatu dilanggar dengan keras.

Aku berlari dengan pantas ke arah Rina, manakala aku lihat pemandu yang melanggar sudah pengsan akibat keretanya terbabas di jalan bertentangan dan melanggar tiang lampu di seberang jalan, dengan pantas aku mendapatkan Rina.

“Rina! Rina! Bertahan!” aku memangku kepalanya yang sudah dipenuhi darah.
“Tolong!” aku berteriak sekuat hati berharap agar sesiapapun boleh mendengar.
“Rina! Tolong bertahan okey? Jangan tutup mata..bertahanlah” rayuku bersungguh-sungguh.
“Tolong!!!!!” kali ini aku berteriak dengan lebih kuat.

“Abang Saifful! Anak abang si Rina kecelakaan di jalan!” teriak seorang pemuda.
Ibu kepada Rina yang mendengar ketika nama anaknya disebut sudah rebah tidak sedarkan diri, majlis kenduri menjadi hingar bingar atas peristiwa yang telah berlaku malam itu. Mak dan Ayahku juga tidak senang duduk mendengar berita kemalangan yang menimpa diri Rina hari itu.

“Rina..tolong..jangan pergi..”
“kita dah janji kan?”
“kita akan pergi tengok bintang bersama”
“awak ada benda nak beritahu kat saya kan?” rayuku tanpa menyedari titis air mataku sudah berderai jatuh.
“saya pun ada nak bagi kat awak, tolong jangan pergi Rina!” rayuku lagi.
Tanpa ku sedari jari jemari Rina sudah membelai wajahku dengan lembut, titis air mataku mengalir lagi melihat keadaannya.


“Bintang hari ni sangat cantik, saya suka..terima kasih Zul..” katanya dengan suara yang perlahan.
“dah Rina tak perlu cakap banyak..Rina mesti selamat, jadi bertahanlah..” dalam sendu aku berkata

Rina telah meninggalkan kami pada malam itu, pergi meninggalkan sejuta kenangan dan senyuman yang tak pernah luntur dari bibirnya. Aku terduduk di tempat kejadian bersama lumuran darah yang terpalit di seluruh tubuhku bagaikan tak percaya dengan apa yang terjadi, tidak ku sangka segalanya begitu cepat berlalu dan semuanya musnah hanya dalam satu malam dengan sekelip mata, baru sebentar ku lihat kelibatnya namun kini sudah tiada lagi.
=================================
Setahun kini sudah berlalu, nama Rina sentiasa berada dalam ingatan ku buat selama-lamanya, cinta pertama ku yang tak kesampaian tapi Tuhan lebih menyayangi, pemergiannya tanpa sesalan tapi itulah dugaan buat ku, terutama keluarganya yang lebih menyayangi serta merinduinya.

Angkasa raya malam itu benar-benar membuka mata ku dengan kecantikan di temani cahaya bulan yang dipagari indahnya bintang-bintang diselubungi langit tirai malam. Gitar yang sentiasa menemani, ku ambil dan mulai memainkan sebuah lagu ciptaan sendiri, disaksikan “sepucuk surat untuk bintang,” di bawah sinaran lampu cahaya bulan, serta diiringi latar simfoni alam yang merdu bersahutan, air mataku menitis lagi.

Sunday, October 13, 2013

Wireless Hacking

Assalamualaikum..hai..
        Hari ni nak update sikit pasal hacking, yelah zaman sekarang ni memang popular sangat pasal hacking..sebenarnya aku tak buat tutorial pun..tapi cukup lah sekadar nak bagi item sikit..hehe
kadang-kadang memang susah kita nak dapat sesuatu ilmu dalam laman web..yelah, semua pun nak block..ok cakap pasal blocking web ni bukan perkara baru..sedar atau tak tiap hari ada saja laman yang akan tutup (server down/domain not exist) kononnya untuk mengelak dari benda berlakunya salah guna ilmu,
ya memang ada risiko seperti itu tapi dari sudut pandang aku..ilmu ni kena la kongsi, sama juga dengan ilmu sains..generasi sekarang bukan lagi macam dulu..kita kena terima hakikat..
        Korang ble muat-turun ebook ni kat sini : --> http://www.4shared.com/office/bdgcGRT8/Wireless_Hacking.html?

       Apapun ilmu yang korang dapat kenalah berkongsi kerana ilmu itu takkan hilang malah akan berkembang lagi jika kita sama-sama berkongsi
Amaran : Penggunaan ebook ni diluar tanggungjawab saya jadi gunakan dengan baik.. :) 

Baiklah sampai disini saja entri aku..
Chaw~ 
Wassalam..

Friday, October 11, 2013

Perakaunan & Cara Gunakan Excel utk Akaun

Assalamulaikum..hai
      Kali ni aku nak update tentang "perakaunan" dulu time sekolah aku pun belajar akaun juga..tp tak la minat sangat nak belajar tentang perakaunan ni..tapi tu dulu..
      Sekarang ni dah lain..nak ke tak nak kena juga study tentang akaun ni balik..bukan sebab aku futher study ambik course perakaunan..haa..sebab tulah aku nak citer sikit ni..nak bagi sikit nota untuk adik-adik yang tengah study perakaunan kat sekolah menengah tu..abang bkn apa..walaupun aku ni tak la bgus sangat time study dulu pun.. cukup-cukup makan jelah..alhamdulliah tak gagal, atas sebab tu nak kongsi nota ni sebenarnya agar adik-adik yang lain kalau time exam SPM nanti tak lah ramai yang fail sebab dah tau trik akaun ni..sekurangnya dengan ni boleh aku bantu anak wantan di malaysia walau sedikit ye tak? (bagi yang memang tak masuk kalau cikgu bagi penerangan)
        Nota ni bukan cuma untuk adik-adik yang kat sekolah..malah abang, kakak, uncle, aunty, nenek,moyang semua boleh gunakan nota ni..
by the way..nota ni aku tak tulis sendiri.. hanya sekadar berkongsi apa adanya..
        Jauh pulak dari topik asal..ok, sambung citer..aku kena study balik pasal akaun ni sebenarnya sebab entire hidup aku sekarang ni bersangkut-paut dengan perakaunan dan alasan paling kukuh ble aku bagi kat korang ialah..kalau tak tau pasal akaun ni..fulus macam air wooo..sekurangnya dengan ni aku ble selenggara sikit perbelanjaan sendiri (sambil kumpul duit) banyak kegunaannya sebenarnya kalau kita aplikasi dalam kehidupan seharian kita..
        Baiklah bakal-bakal akauntan sekalian..sampai sini saja celoteh,leteran dan gurauan hamba..
klik link ni ntk muat turun nota -->  http://www.4shared.com/office/nz6X8BWd/Nota.html
Chaw~   :3
Wassalam..

Thursday, October 10, 2013

10 oktber 2013 (Imaginasiku)

        Termenungku sendiri..ntah mengapa hatiku dilanda pelbagai gelora seperti badai sedang cuba menghanyut sampan si nelayan di lautan luas, jiwa ku rasa tidak tenang bila memikirkan tentang kemungkinan yang akan terjadi di masa hadapan, ya..aku hanyalah seorang insan yang lemah.andai ku mampu meramalkan masa depan ku sekalipun, tak mungkin mampu ku menandingi yang Maha Kuasa..
         Ku cuba cerakinkan setiap masalah yang melanda fikiranku ini..semakin ku cuba tuk fahami semakin rumit untuk ku gambarkan, terasa gelap menyelubungku..tergapai aku mencari, dimanakah aku? tiba-tiba ku rasakan bagai tenggelam ke dasar..tapi dasar apa? dasar laut? aku tak mau lemas..lemas dengan tanggapan insan lain..ketidakpastian terhadap diri sendiri..aku bingung dengan diri ini..
        Tidak semena-mena fikiran ku melayang menuju perihal cinta.. tiba-tiba saja hati ini bertanya, pernahkah kau bercinta wahai insan? ya, aku pernah..tapi semua itu hanya tinggal kenangan buat diri ini..mengapa kau berkata begitu wahai insan?  tak usah lah di ungkit lagi..aku tau bahwa sekalipun susuk bayangku sudah tak bermakna lagi di matanya..jika benar demikian, mengapa tidak kau cari saja penggantinya? boleh saja dengan berkata namun hati ini tidak mahu berganjak lagi, sekali lagi kaki ku terasa kebas seperti digigit kerengga. aku tak mampu bergerak lagi..apa yang terjadi? ku lihat dengan perlahan tubuhku berubah menjadi batu..apa gerangan terjadi? tidak ku mahu berganjak lagi jika ini adalah takdirnya..
        Ku berkata lagi pada hati..Cinta itu terlalu luas pengertiannya..cinta pada pencipta, mahupun pada makhluk ciptaannya..cinta juga membawa padah bila tersalah langkah, cinta kuasa, cinta dunia, dan cinta kezaliman..apakah aku ini zalim? mencintai insan yang tidak mahu pedulikan aku..ya, layak saja aku ini insan yang zalim..zalim pada diri sendiri..acapkali sudah ku dengari..cinta itu tak boleh dipaksa..malah datangnya juga tak pernah diundang..namun, hati ini suda lelah..dengan penyakit yang kini ku hidapi..tak mungkin ada insan yang mahukan aku lagi..ya..benar..tak mungkin ada lagi..jadi biarlah ku kuburkan hati ini di bawah nisan kedukaan..
       Lalu aku bertanya pada hati buat terakhir kalinya. Apa kah hajat kau yang terakhir wahai hati? wahai insan, ku mohon agar janganlah kau kuburkan diriku ini dibawah nisan kedukaan kerna aku tak mau reput dalam tangisan..aku sudah tak mampu lagi melihat kau derita si hati kecil..sudah cukup kau derita kerna aku..akulah yang telah mencederakan kau, menghiris kau dengan belati tak berbilah...aku lah insan yang hampir membunuh kau hati..apa kau tidak benci padaku? wahai insan..aku tak pernah membenci kau insan..jika ini keputusan kau..baiklah, kuburkanlah aku bersama perasaanmu..doakan aku saat kau lihat nisan kedukaan ini..dan aku berharap agar kau mampu hidup tanpa ku di sisi..
         Berlinanganlah titis air mata membasahi bumi dengan harapan kau (hati) akan bahagia selamanya disana..doaku kita kan berjumpa lagi di masa hadapan, tempatnya berbeza tapi kau la yang setia menemaniku hingga hujung nyawa..akan ku sediakan tempat mu dekat dengan jantungku agar jika kau sakit biarlah kita tempuh bersama hingga saat terakhir..

Wednesday, October 9, 2013

IDM 6.18 Full+Skin Usagibox92



Assalamulaikum..
     kali ni aku nak update tentang sofware pula, korang tengok jak gambar kat atas tu mesti korang dah tau apa benda kan? jangan nak kelentong la buat tak tau pula..ok, bagi yang tak tau apa benda idm ni ni sebenarnya (internet download manager) digunakan sebagai altenatif terbaik setakat ni utk memuat turun aplikasi, video, file, gif, dan macam-macam lagi jenis fail ke dalam komputer korang..
      Apapun silakan mencobanya
di sini -->  http://www.4shared.com/rar/qLjNIHtD/Usagibox92_618.html

Kawan?sahabat?



Assalamualaikum..Hai..
       Ok kali ni aku nak update entri pasal kawan and sahabat..apa beza sebenarnya kawan dan sahabat ni?
Begini bro..kawan ni senang jak kita dapat..kita jumpa orang tu tanya nama (pkra asas la bro) kira kenal gitu-gitu jak la..itulah di panggil kawan..tapi kita banyak kawan pun tak juga bagus sangat..kita kena juga pandai memilih kawan dalam banyak-banyak yang kita kenal tu..Seringkali kes berlaku sebab kawan kita sendiri bro..

http://www.youtube.com/watch?v=Hpi99tq2Jec   <--Youtube Link


        Bukan nak ajar korang gi suspek kawan korang..tapi sekurangnya waspada juga la..ni aku nak citer, aku pernah kenal ada sorg budak pompuan ni punyalah suka bkawan..rata-rata kawan dia semua lelaki, kalau korang tengok muka mandak ni, memang manis dan cantik parasnya..tapi gara-gara kawan jugalah satu hari tu maruah diri dia ternoda..(Kes percaya kawan baru dia kenal)
        So, pengajaran yang kita dapat ni..tak salah berkawan..tapi waspadalah dengan siapapun yang berkawan dengan kita..kes kawan tikam belakang ni silap-silap tak pernah setel punya..(kes ni dah berkurun sejak nenek moyang kita lagi)
        Sahabat? ok tadi cakap pasal kawan, apa sebenarnya sahabat ni bro?..ok..camni..sahabat ni sebenarnya kawan juga ..cuma lebih rapat, maksudnya dia kenal kita bukan setakat luaran tapi dalaman (perangai la)..lagi satu yang best pasal sahabat ni, diorang kalau dengan kita punyalah main kasar cakap tapi last-last tolong gak.sebab member kan (sahabat) dah macam sibling pun ada sebenarnya..kalau cakap pasal sindir-menyindir..sahabat ni la yang paling kuat menyindir..well dia tau korg takkan marah punya lah..tapi kalau antara lelaki and pompuan..ntah camne nak cakap..sibling? weh jangan nak tipu la wei..ko kulit sawo matang..mandak tu pla kuning langsat ketara sangat nak menipu..(Serius boring ayat ko).
          Sebenarnya aku saja jer jak panjangkan entri pembukaan ni (hehe) aku cuma nak ajak korang tengok Vid kat link atas tadi tu..best juga citernya..dan dari Vid ni juga la aku rasa nak update kat blog aku ni..apa-apapun sampai jumpa lagi..
Selamat menonton,
Wassalam.. :3 Chaw~ :3

Monday, October 7, 2013

Review : Lipo 6 black ultra concentrate

Assalamualaikum..Hai

         

           Ok kali ni aku nak buat review sikit tentang satu produk yang agak terkenal di kalangan ahli bina badan (suplemen) malahan mereka yang takde kaitan dengan bina badan pun tahu apa benda ni sebenarnya..(semua tau ke?) baiklah, bagi mereka yang taktau apa sebenarnya Lipo 6 ni..benda ni merupakan suplemen untk membakar lemak dalam badan kita (fat burner) memang produk ni sangat laris jualannya,
tapi yang menjadi persoalannya ialah.. Berbaloi ke?Berkesan?Ada kesan Sampingan Tak?
           Lipo 6 black ultra concentrate ni dibuat daripada herba-herba semulajadi dan ditambah dengan ramuan yang dipanggil "kafein" sebenarnya. Jadi kalau anda tanya tentang keberkesanannya..ya agak berkesan..kenapa masih teragak-agak? Oklah benda ni memang berkesan dan membantu penggunanya menurunkan berat badan dalam masa singkat (yeke?)
           Aku tak sarankan bagi mereka mempunyai alahan terhadap kafein ataupun mereka yang memang tak biasa dengan pengambilan kafein yang banyak dalam badan, terus terang..memang tak berbaloi sebenarnya nak beli benda ni.
           Ada kesan sampingan ke? semua jenis suplemen memang ada kesan sampingan sebenarnya samada jangka panjang atau pendek..tipulah kalau takde kesan sampingan..bagi yang tak "ngam"(tak serasi) dengan produk ni silalah berhenti mengambil dos(kalau jadi apa-apa orang tak tau), aku pun tak serasi dengan produk ni sebenarnya..dah dekat sebulan guna baru berani bagi review..bagi mereka yang serasi dengan produk ni silalah teruskan..ok.. antara kesan-kesan yang aku alami waktu pakai produk ni ialah rasa mual dan muntah-muntah, bagi yang ada "dugal"(gastrik) akan menambahkan lagi penyakit gastrik tu..susah nak kencing,rasa bengkak kat perut bawah dan celah kangkang (bukan kurap ok) Insomnia(tak dapat tidur), dengan tiba-tiba rasa gelisah,gementar (nerveous) padahal takde apa pun yang tak kena dalam sehari tu. Itu merupakan kesan-kesan yang berlaku terhadap aku sepanjang menggunakan produk Lipo 6 ni.
           Disini aku tak memburukkan mana-mana pihak ataupun produk, dan aku dah hampir sebulan guna produk ni dan sebab tulah aku berani tampil bagi review bagi mereka yang menggunakan produk ni dan mengalami kesan yang sama aku alami..disarankan agar berhenti mengambil pil ni sebagai jalan singkat untuk menguruskan badan kecuali korang sanggup menerima akibatnya nanti (senaman fizikal lagi baik bro)
           Sampai sini saja review aku tentang produk ni..kalau korang ada apa-apa nak tambah komen jer kat bawah..pilihan di tangan anda :3
Wassalam...